Takhrij Hadith Zikir

 

أَلاَ أُعْطِيْكَ أَلاَ أَمْنحُكَ أَلاَ أَحْبُوكَ أَلاَ أَفْعَل بِكَ عَشَرَ خِصَال ؟ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غُفِرَ اللهُ لَكَ ذَنْبِكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمه وَحَدِيْثه خَطَأَه وَعَمَده صَغِيْره وَكَبِيْره سِرَّه وَعَلاَنِيَته عَشَرَ خِصَال أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَات تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَة الكِتَاب وَسُوْرَة فَإِذَا فَرِغَت مِن القِرَاءَةِ فِي أَوَّل رَكْعَة وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتُ : سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَاللهُ أَكْبَر خَمس عَشْرَة مَرَّة ثُمَّ تَرْكَع فَتَقولهَاَ وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَع رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولَهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولَهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشرًا ثُمَّ تَرْفَع رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقولها عَشرًا ثُمَّ تَسَجَّد فَتَقولها عَشرًا ثُمَّ تَرْفَعَ رَأْسَكَ فَتَقولهاَ عشرًا فَذَلِكَ خَمْس وَسَبْعُونَ فِي كُلُّ رَكْعَة تَفَعل ذَلِكَ فِي أَرْبَع رَكَعَات فَلَوْ كَانَتْ ذُنُوبكَ مِثْل زَبَد الْبَحْر أَوْ رمْل عَالِج غفرهَا الله لَكَ إِن اسْتَطَعْت أَنْ تُصَلِّيهَا ِفي كُل يَوْم مَرَّة فَافْعَل فَإِن لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمْعَةٍ مَرَّة فَإِن لَمْ تَفْعَل فَفِي كُل شَهْرٍ مَرَّة فَإِن لَمْ تَفْعَل فَفِي كُل سَنَة مَرَّة فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمْرِكَ مَرَّة

Maksudnya: “Hai mamak ku, adalah aku hendak memberi akan dikau. Adalah aku anugerahi akan dikau. Adalah aku kasih akan dikau dengan sesuatu, apabila engkau kerjakan akan dia nescaya diampuni Allah bagimu akan dosamu, awalnya dan akhirnya, sedianya dan baharunya, dan tersalahnya dan sengajanya, sama ada tersembunyi atau nyata, sama ada dosa kecil atau dosa besar. Iaitu bahawa engkau perbuat solat empat rakaat akan al-Fatihah dan surah. Maka apabila selesai daripada bacaan pada rakaat yang pertama itu pada hal engkau berdiri maka engkau baca { سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَاللهُ أَكْبَر } lima belas kali. Kemudian maka engkau rukuk maka engkau baca tasbih itu sepuluh kali. Kemudian angkat kepalamu maka engkau baca pada hal engkau berdiri akan tasbih itu sepuluh kali. Kemudian engkau sujud maka engkau baca tasbih itu sepuluh kali. Kemudian angkat kepalamu daripada sujud dan engkau baca tasbih itu sepuluh kali. Kemudian engkau sujud yang kedua maka engkau baca tasbih itu sepuluh kali. Kemudian maka angkat kepalamu maka engkau baca tasbih itu sepuluh kali. Maka jadilah, tiap-tiap rakaat itu tujuh puluh lima kali (tasbih). Maka engkau perbuat yang demikian itu dalam empat rakaat. Maka jikalau kuasa engkau berbuat solat tasbih itu pada tiap-tiap hari maka perbuat olehmu. Maka jikalau tiada kuasa engkau berbuat yang demikian itu, perbuatlah pada tiap-tiap Jumaat sekali (sekali dalam seminggu). Maka jikalau tidak mampu, perbuatlah satu bulan sekali. Maka jika tiada kuasa untuk kerjakan sebulan sekali, maka perbuatlah dalam setahun sekali. Maka jikalau tiada kuasa untuk perbuat setahun sekali, perbuatlah sekali seumur hidup”. [1]

 

 

 

 

 


[1] Hadith riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah dan Ibn Khuzaymah dalam Sahihnya. Lihat Abu Dawud (t.t), op.cit., [Kitab al-Salah, Bab {صلاة التسبيح}, hadith 1297], j.1, h.414, Al-Tirmidhi (t.t), op.cit., [Abwab al-Witr, Bab { مَا جَاءَ في صَلاةِ التَّسبيحِ}, hadith 482], j.2 dengan matan sedikit berbeza, Ibn Majah (t.t), op.cit., [Kitab {كتاب إقامة الصلاة والسنة فيها}, Bab {ما جاء في صلاة التسبيح}, hadith 1387, j.1]. Lihat juga al-Muttaqi al-Hind (1985), ibid., [Kitab al-Salah, Bab {صلاة التسبيح}, hadith 21546], j.7, h.818 dan Al-‘Iraqi (1987), op.cit., [Kitab Rahsia-Rahsia Solat dan Kepentingannya {أسرار الصلاة ومهماتها}, Bab Kelima {الخامس}, hadith 597], j.1, h.543. Hadith Sahih [Abu Dawud, al-‘Uqayli dan lain-lain].

Comments are closed.

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: