Takhrij Hadith Solat-Solat Sunat

 

مَنْ صَلَّى قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا كَانَ كَعَدْلِ رَقَبَةٍ مِنْ بَنِيْ إِسْمَاعِيْل

Maksudnya: “Barang siapa yang solat sebelum daripada Zohor (solat fardu Zohor) empat rakaat seolah-olah dia  memerdekakan seorang hamba anak Bani Ismail”. [1]

 

مَنْ صَلَّى قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا غُفِرَ لَهُ ذُنُوْبُهُ يَوْمَهُ ذَلِكَ

Maksudnya: “Barang siapa yang solat empat rakaat sebelum Zohor, nescaya (Allah s.w.t) mengampunkan dosanya pada hari itu”. [2]

 

مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْر وَأَرْبَعَ بَعْدَهَا حَرَم َعَلَى النَّارِ

Maksudnya: “Barang siapa yang memelihara empat rakaat dahulu daripada solat Zohor dan empat rakaat selepasnya, nescaya dia diharamkan oleh Allah daripada api neraka”. [3]

 

رَحِمَ اللهُ امْرِأ صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Allah memberi rahmat kepada hambanya yang solat empat rakaat sebelum solat fardu Asar”. [4]

 

مَنْ صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ

Maksudnya: “Barang siapa yang solat empat rakaat dahulu daripada solat Asar nescaya jasadnya diharamkan oleh Allah daripada api neraka”. [5]

 

مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَنْطِقَ مَعَ أَحَدٍ يَقْرَأُ فِي الأُولَى بِالحَمْدُ لله وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ } وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِالحَمْدُ لله وَ { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَمَا تَخَرَّجَ الْحَيَّةُ مِنْ سَلْخِهَا

Maksudnya: “Barang siapa solat dua rakaat selepas solat fardu Maghrib dengan tidak bercakap (bertutur) sesuatu dengan orang lain sebelum daripada itu,  ia membaca dalam rakaat yang pertama itu {Alhamdulillah} surah al-Fatihah dan {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ} dan rakaat yang kedua dengan {Alhamdulillah} surah al-Fatihah dan {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} nescaya dikeluarkan (diampunkan) segala dosanya seperti seekor ular keluar daripada kulitnya (ketika bersalin kulit)”. [6]

 

مَنْ صَلَّى مَا بَيْنَ الْمَغْربِ وَالْعِشَاءِ فَإِنَّهَا صَلاَة الْأَوَّابِيْنَ

Maksudnya: “Barang siapa mengerjakan solat antara Maghrib dan Isyak maka sesungguhnya solat itu adalah daripada solat sunat Awwabin”. [7]

 

مَنْ صَلَّى بَعْدَ المَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ غُفِرَ لَهُ بِهَا ذُنُوبٍ خَمْسِيْنَ سَنَة

Maksudnya: “Barang siapa solat selepas daripada solat Maghrib enam rakaat tanpa didahulukan dengan berkata-kata nescaya diampunkan segala dosanya sekira-kira lima puluh tahun lamanya. [8]

 

مَنْ صَلَّى قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ كَمَنْ تَهَجَّدَ بِهِنَّ مِنْ لَيْلَتِهِ،

Maksudnya: “Barang siapa solat empat rakaat sebelum daripada solat Zohor adalah seperti mengerjakan solat tahajjud semalaman”. [9]

 

مَنْ صَلَّى أَرْبَع رَكَعَاتٍ بَعْدَ العِشَاءِ الأَخِرَةِ قَرَأَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الْأَوَّلَيَتَيْنِ قُلْ يَآيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ وَقَرَأَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ اْلآخِرَتَينِ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْك وَالم تَنْزِيل السَّجَدَة كُتِبَ لَهُ كَأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ مِنْ َليْلَةِ القَدْرِ

Maksudnya: “Barang siapa solat empat rakaat selepas solat Isyak yang akhir,  membaca di dalam dua rakaat pertama {قُلْ يَآيُّهَا الْكَافِرُونَ} dan {وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} dan membaca di dalam dua rakaat yang kedua dengan {تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْك} dan {وَالم تَنْزِيل السَّجَدَة}, dicatatkan baginya seperti solat empat rakaat (dalam malam) lailaitul qadar”. [10]

 

رَكْعَتَانِ يَرْكِعَهُمَا ابْنِ آدَم فِي جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ الدُّنْيِا وَمَا فِيْهَا

Maksudnya: “Solat dua rakaat yang dikerjakan oleh seorang hamba Allah di pertengahan akhir malam adalah lebih baik daripada dunia dan barang yang di dalamnya”. [11]

 

لا يُخَيِّبُ الله مَن اسْتِخَارَهُ

Maksudnya: “Allah s.w.t sama sekali tidak akan memberikan kejahatan (keburukan) bagi seseorang yang memohon kebajikan daripadaNya”. [12]

 

 

 

 


[1] Hadith riwayat al-Tabrani. Lihat Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabrani (1404H/1983M), “al-Mu‘jam al-Kabir”, ditahqiqkan oleh Humaidi bin ‘Abd al-Majid al-Salafi, Kaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah, [Abu ‘Umar al-Ansari, hadith 965], j.22, h.387, al-Suyuti (1954), op.cit., [Bab Harf al-Mim, hadith 8798], j.6 dan Nur al-Din ‘Ali bin Abi Bakr al-Haythami selepas ini al-Haythami (1414H), Bughiyyah al-Rā’id tahqīq Majma‘ al-Zawa’id wa Mamba‘ al-Fawa’id, ditahqiqkan oleh ʻAbdullah Muhammad al-Darwīsh, Beirut: Dar al-Fikr, [Kitab al-Salah, Bab {فيما يصلى قبل الظهر وبعدها} hadith 3324], j.2, h.467. Lihat juga, al-Albani (2001), Da‘if al-Targhib wa al-Tarhib, al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif, [Kitab al-Nawafil, hadith 323], j.1, h.168 daripada Abu ‘Amru al-Ansari, Hadith Da‘if menurut al-Albani dan Hasan pandangan al-Suyuti.

[2] Hadith disebutkan oleh al-Khatib al-Baghdadi, lihat Ahmad bin ‘Ali Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi (1417H), Tarikh Baghdadi, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, [Bab {ذكر من اسمه عبد الرحمن }, hadith 5367], j.10, h.247 dan Al-Suyuti (1954), ibid., [Bab Harf al-Mim, hadith 8799], j.6. Hadith riwayat Anas bin Malik, Da‘if  [al-Suyuti] dan Da‘if Jiddan [al-Albani].

[3] Hadith riwayat al-Tirmidhi, Abu Dawud, al-Nasa’i. Lihat al-Tirmidhi (t.t), op.cit., [Abwab al-Salah, Bab {باب منه آخر}, hadith 428], j.2, h.292, Abu Dawud (t.t), op.cit., [Kitab al-Salah, Bab {باب الأربع قبل الظهر وبعدها}, hadith 1269], j.1, h.406 dan al-Nasa’i (1406H/1986), op.cit., [Kitab {كتاب قيام الليل وتطوع النهار}, Bab { الاختلاف على إسماعيل بن أبي خالد}, hadith 1816, j.3, h.265. Lihat juga al-Tabrani (1404H/1983M), op.cit., [Menyebut tentang Isteri-isteri Rasulullah: Ummu Habibah binti Abi Sufyan, hadith 442], j.23, h.233. Hadith Sahih [al-Albani].

[4] Hadith riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Imam Ahmad. Lihat Abu Dawud (t.t), ibid., [Kitab al-Salah, Bab {الصلاة قبل العصر}, hadith 1271], j.1, h.407, al-Tirmidhi (t.t), ibid., [Abwab al-Salah, Bab {ما جاء في الأربع قبل العصر}, hadith 340], j.2, h.295 dan Imam Ahmad (t.t), op.cit., [Musnad {المكثرين من الصحابة}, Musnad ‘Abd Allah bin ‘Umar bin al-Khattab, hadith 5980], j.10, h.188. Lihat al-Suyuti (1954), ibid., hadith 4424, j.4. Hadith Sahih [al-Suyuti] dan Hasan [al-Albani], Gharib Hasan [al-Tirmidhi] dan Isnaduh Hasan [Syu’aib al-Arnu’ut]

[5] Hadith riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir daripada Ibn ‘Umar. Lihat al-Muttaqi al-Hind (1985), op.cit., [hadith 19392], j.7, h.382 dan al-Suyuti (1954), ibid., [Bab Harf al-Mim, hadith 8801], j.6. Hadith Hasan [al-Suyuti] dan Da‘if [al-Albani].

[6] Hadith riwayat Ibn al-Najjar daripada Anas bin Malik. Lihat al-Muttaqi al-Hind (1985), ibid., [Kitab al-Salah, Bab {الإكمال}, hadith 19445], j.7, h.391 dan al-Khatib al-Baghdadi (1417H), op.cit., [Menyebut berkaitan Ya‘kub, hadith 7588], j.14, h.290.

[7] Hadith riwayat Ibn al-Mubarak dalam Kitab al-Riqaq daripada Ibn al-Mundhir secara mursal. Lihat al-‘Iraqi (1987), op.cit., [Rujuk hadith dalam Iḥyā’ pada Kitab {ترتيب الأوراد وتفصيل إحياء الليل}, Bab {في الأسباب الميسرة لقيام الليل}, hadith 1], j.1 dan al-Suyuti menyebutkan, hadith ini dikeluarkan oleh Ibn Nasr daripada Muhammad bin al-Mundakir secara Mursal. Lihat al-Suyuti (1954), op.cit., [Bab Harf al-Mim], j.6. Hadith Da‘ìf [al-Suyuti].

[8]  Hadith riwayat Ibn Nasr daripada Ibn ‘Umar. Lihat al-Muttaqi al-Hind (1985), op.cit., [Kitab al-Salah, Bab {وقت صلاة المغرب وما يتعلق به}, hadith 19430], j.7, h.388 dan al-Suyuti (1954), ibid., [Bab Harf al-Mim, hadith 8806], j.6. Al-Suyuti dan al-Albani menyebutkan hadith ini sebagai hadith da‘if.

[9] Hadith riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Awsat daripada al-Barra’ bin ‘Azib. Lihat al-Haythami (1414H), op.cit., [Kitab al-Salah, Bab {فيما يصلى قبل الظهر وبعدها}, hadith 3322], j.2, h.467 dan al-Albani (t.t), al-Silsilah al-Da‘ifah, Riyad: Maktabah al-Ma‘arif, hadith 5053. Hadith Da‘if [al-Albani].

[10] Hadith riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat al-Tabrani (1404H/1983M), op.cit., [ Bab al-‘Ain, hadith 12240], j.11, h.437, Ibn Nasr dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Bayhaqi al-Kubra [Bab { من جعل بعد العشاء أربع ركعات أو أكثر}, hadith 4188, j.2, h.671] daripada Ibn ‘Abbas. Lihat al-Haythami (1414H), ibid., j.2, h.484 [j.2, h.231 jilid dan halaman mengikut kitab Majma’] dan al-Muttaqi al-Hind (1985), op.cit., hadith 19509, j.7, h.403. Hadith Marfu dengan sanad bersendirian daripada Ibn Farukh al-Misri [al-Bayhaqi dan al-Syawkani]

[11] Al-Suyuti menyebutkan hadith ini adalah hadith da‘if dan dikeluarkan oleh Ibn Nasr daripada Hasan bin ‘Utiyyah secara mursal. Lihat al-Suyuti (1954), op.cit., [Bab Harf al-Ra’, hadith 4477], j.4 dan al-Muttaqi al-Hind (1985), ibid., Kitab al-Salah, Bab { في قيام الليل}, hadith 21405, j.7, h.785.

[12] Tidak ada sumber yang menyebut seperti hadith ini. Namun, terdapat sumber-sumber lain yang menyebutkan hadith yang memberikan makna yang sama dengan lafaz (matan) yang berlainan seperti riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Saghir [Bab Harf al-Mim, hadith 980, j.2, h.175], al-Qadai dalam Musnad al-Syihab [Bab {ما خاب من استخار}, hadith 774, j.2, h.7]. Lihat al-‘Ajluni al-Jarahi (1932), op.cit., Bab Harf al-Mim, hadith 2205, j.2, h.185 dan al-Muttaqi al-Hind (1985), ibid., hadith 21532, j.7, h.813 dengan lafaz {ما خاب من استخار ولا ندم من استشار ولا عال من اقتصد}.

 

 

Comments are closed.

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑