Takhrij Hadith Solat Jemaah

 

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً

Maksudnya: “Solat secara berjamaah adalah lebih afdal daripada solat seorang diri dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat”. [1]

 

مَنْ صَلَىَّ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا الصَّلَوَاتِ فِي جَمَاعَةٍ لاَ تَفُوْتُهُ فِيْهَا تَكْبِيْرَةُ الِإحْرَام

Maksudnya: “Barang siapa solat fardu lima waktu selama empat puluh hari dalam berjamaah, dengan keadaan tidak luput takbiratul ihram bersama imam, nescaya dicatatkan oleh Allah baginya dua pelepasan, iaitu pelepasan dari munafik dan pelepasan dari api neraka”. [2]

 

مَنْ صَلَّى العِشَاء فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحِ في جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْل كُلَّهُ

Maksudnya: “Barang siapa solat Isyak secara berjamaah, maka seolah-olah dia beribadah sebahagian daripada malam. Dan barang siapa solat Subuh berjamaah, maka seolah-olah dia telah beribadah semalaman”. [3]

 

مَن صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ الله إِلَى طُلُوعِ الشَّمْسِ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَ عُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Maksudnya: “Barang siapa yang solat Subuh secara berjamaah, kemudian ia duduk (beriktikaf) dengan berzikir kepada Allah s.w.t sehingga terbit matahari, kemudian ia mengerjakan solat dua rakaat, nescaya (Allah s.w.t) menganugerahkan kepadanya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurnanya”.  [4]

 

 


[1] Hadith Muttafaq ‘Alaih: al-Bukhari dalam Sahihnya [Kitab al-Jama‘ah wa al-Imam, Bab Kelebihan Solat Berjemaah, hadith 619, j.1, h.231], Muslim dalam Sahihnya [Kitab al-Masajid, Bab Kelebihan Solat Berjemaah dan Penjelasan Tentang Penekanan Kepadanya { فضل صلاة الجماعة وبيان التشديد في التخلف عنها }, hadith 650], Al-Tirmidhi dalam Sunannya [Abwab al-Salah, Bab Pada Kelebihan Berjemaah { مَا جَاءَ في فَضْلِ الجَمَاعَة}, hadith 215, j.1], al-Nasa’i dalam Sunannya [Kitab al-Imamah, Bab Fadl al-Jama‘ah, j.2] dan Ahmad dalam Musnadnya [Musnad ‘Abd Allah bin ‘Umar al-Khattab, j.9 dan j.10], lihat juga, Al-‘Iraqi (1987), ibid., hadith 374, j.1, h.332 dan al-Muttaqi al-Hind (1985), op.cit., [Kitab al-Salah, Bab { في الترغيب فيها}, hadith 20214], j.7, h.552. dan al-‘Ajluni a,-Jarahi (1932), op.cit., [Harf al-Sad, hadith 1615], j.2, h.30. Hadith Sahih [al-Suyuti]

[2] Hadith riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya daripada Anas bin Malik dengan sanad rijal yang thiqah. Lihat al-‘Iraqi (1987), op.cit., j.1, h.334.

[3] Hadith riwayat Muslim, Abu  Dawud,  dan al-Tirmidhi, Ahmad dan al-Darimi. Lihat Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi selepas ini Muslim (t.t), op.cit., [Kitab { المساجد ومواضع الصلاة }, Bab { فضل صلاة العشاء والصبح في جماعة }, hadith 656], j.1, Abu Dawud (t.t), op.cit., [Kitab al-Salah, Bab { في فضل صلاة الجماعة}, hadith 555], j.1, h.152, al-Tirmidhi (t.t), op.cit., [Abwab al-Salah, Bab { مَا جَاءَ في فَضْلِ العِشَاءِ وَالفَجْرِ في الجَمَاعَةِ}, hadith 221], j.1 dengan matan yang sedikit berbeza dan Ahmad (t.t), op.cit., [Musnadnya [Musnad ‘Uthman bin ‘Affan, hadith 408 dan 409], j.1, h.468 dan 469, dan ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman Abu Muhammad al-Darimi selepas ini al-Darimi (1407H), “Sunan al-Darimi”, ditahqiqkan oleh Fawas Ahmad Zamarli, Karachi: Qadīmī Kutub Khānah, [Kitab al-Salah, Bab { باب المحافظة على الصلوات}, hadith 1224], j.1, h.303. Hadith Da‘if [al-Suyuti], Sahih [al-Albani], Hasan Sahih [al-Tirmidhi] dan Sahih atas syarat Muslim [Syu‘aib al-Arnu’ut].

[4] Hadith riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya. Lihat al-Tirmidhi (t.t), op.cit., [Abwāb al-Safar, Bab { ما ذُكِرَ مما يُستَحبٌ من الجُلوسِ في المسجدِ بَعدَ صَلاةِ الصُّبحِ حتَّى تَطلُعَ الشَّمسُ}, Hadith 586], j.2 dan al-Albani (t.t), al-Jami‘ al-Saghir wa Ziyadatih, [hadith 11292], j.1, h.11292. Hadith Sahih [al-Albani].

 

 

Comments are closed.

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: