Takhrij Hadith Menuntut Ilmu

 

طَلَبَ الْعِلْمِ أَفْضَلُ عِنْدَ اللهِ مِنْ الصَّلاَةِ وَالصِّيَام وَالحَجِّ وَالْجِهَادِ فِي سَبِيْلِ اللهِ تَعَالى

Maksudnya: “Menuntut ilmu yang bermanfaat adalah lebih afdal di sisi Allah Taala daripada solat, puasa dan haji (yang sunat) serta (pergi) berperang dijalan Allah”. [1]

 

وَطَلَبَ العِلْمِ يَوْمًا خَيْرٌ مِنْ صِيَامٍ ثَلاَثَة أَشْهُرٍ

Maksudnya: “Menuntut ilmu yang bermanfaat dalam satu hari adalah lebih baik daripada puasa sunat tiga bulan”. [2]

 

طَلَبَ الْعِلْم سَاعَةً خَيْرٌ مِنْ قِيَامِ لَيْلَةٍ

Maksudnya: “Menuntut ilmu yang bermanfaat dalam satu saat adalah lebih baik daripada solat tahajjud sepanjang malam.” [3]

 

 


[1] Hadith riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir daripada Anas bin Malik dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus daripada Ibn ‘Abbas. Lihat al-Muttaqi al-Hind (1985), opcit., [hadith 28655], j.10, h.131 dan al-Suyuti (1954), op.cit., [Bab Harf al-Ta’, hadith 5268], j.4. Hadith Da‘if [al-Suyuti] dan Mawdu‘ [al-Albani].

[2] Hadith riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus daripada Ibn ‘Abbas dengan sanad yang dusta (إسناده كذاب). Lihat al-Muttaqi al-Hind (1985), ibid., [Kitab al-Ilm, Bab {في الترغيب فيه}, hadith 28656], j.10, h.131 dan al-Suyuti (1954), ibid., [Bab Harf al-Ta’, hadith 5269], j.4. Hadith Da‘if [al-Suyuti] dan Mawdu‘ [al-Albani].

[3] Hadith ini adalah daripada sambungan matan daripada hadith nombor 1 sebelum ini dan diriwayatkan daripada sumber yang sama.

Comments are closed.

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: