Takhrij Hadith Kelebihan Berwudhu

 

إِنَّ أُمَّتِي يَدْعُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِيْنَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ فَمَن اسْتَطَاعَ مِنْكُم أَنْ يُطِيْلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ

Maksudnya: “Bahawasanya umatku, mereka diseru pada hari kiamat dalam keadaan (wajah) mereka itu bercahaya kesan daripada berwuduk. Maka barangsiapa daripada kamu yang mampu memanjangkankan basuhannya maka hendaklah diperbuatnya”. [1]

 

 

مَسْحُ الرَّقْبَةِ أَمَانٌ مِن الغِلِّ يَوْمَ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Menyapu (sebahagian) leher itu aman daripada belenggu pada hari kiamat”. [2]

 

 

مَنْ ذَكَرَ اللهَ عِنْدَ وُضُوئِهِ طَهَّرَ اللهُ جَسَدُهُ كُلَّهُ وَمَنْ لَمْ يَذْكُرِ الله لَمْ يُطَهِّر مِنْهُ إِلاَّ مَا أَصَابَ الْمَاء

Maksudnya: “Barangsiapa mengingati Allah ketika sedang berwuduk nescaya Allah menyucikan keseluruhan tubuh badannya dan barang siapa yang tidak mengingati Allah, nescaya Allah tidak menyucikan (tubuh badannya itu) melainkan anggota yang terkena air sahaja”. [3]

 

 


[1] Hadith riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus daripada ‘Umar al-Khattab dan ia adalah Hadith Da‘ìf . Lihat al-‘Iraqi (1987), op.cit., [Kitab al-Taharah, hadith 302], j.1, h.296. al-Albani menyebutkan ia hadith mawdu‘ dengan tidak disebutkan matan (يوم القيامة).

[2] Hadith riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, daripada Abi Hurayrah dengan sanad da‘if. Lihat al-‘Iraqi (1987), ibid., Kitab al-Taharah, hadith 315, j.1, h.302. Hadith dengan sanad da‘if [al-‘Iraqi].

[3] Hadith riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, daripada Abi Hurayrah dengan sanad da‘if. Lihat al-‘Iraqi (1987), ibid., Kitab al-Taharah, hadith 315, j.1, h.302. Hadith dengan sanad da‘if [al-‘Iraqi].

Comments are closed.

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: