Takhrij Hadith Iktikaf

 

مَنْ اعْتَكَفَ إِيْمِانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَه مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barang siapa yang beriktikaf (di dalam masjid) dalam keadaan keimanan (yang tinggi) dan kebergantungan kepada Allah s.w.t nescaya Allah s.w.t mengampunkan segala dosanya yang terdahulu.”[1]

 

مَن اعْتَكَفَ عَشْرًا فِي رَمَضَانَ كَانَ كَحَجَّتَيْنِ وَعُمْرَتَيْنِ

Maksudnya: “Barang siapa yang beriktikaf selama sepuluh hari (siang dan malam) di dalam bulan Ramadan nescaya (pahalanya) seperti mengerjakan dua kali haji dan dua kali umrah”.[2]

 

مَن اعْتَكَفَ نَفْسَهُ فِيْمَا بَيْنَ المَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ فِي مَسْجِدٍ جَمَاعَةً لَمْ يَتَكَلَّمْ إِلاَّ بِصَلاَةٍ أَوْ بِقُرْآنٍ كاَنَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يَبْنِيَ لَهُ قَصْرَيْنِ فِي الجَنَّةِ مَسِيْرَةُ كُلِّ قَصْرٍ مِنْهُمَا مِائَةُ عَامٍ وَيَغْرِسُ لَهُ بَيْنَهُمَا غِرَاسًا لَوْ طَافَهُ أَهْلَ الأَرْضِ لَوَسِعَهُمْ

Maksudnya: “Barang siapa yang beriktikaf antara Maghrib dan Isyak di dalam masjid (yang menjadi tempat solatnya) secara berjamaah, dia tidak berkata-kata melainkan dengan berselawat kepada Nabi s.a.w atau dengan membaca al-Quran, maka menjadi hak Allah s.w.t untuk membina baginya dua mahligai di dalam Syurga, luas setiap satu daripada dua mahligai itu adalah perjalanan seratus tahun, dan dikelilingi antara kedua (mahligai) itu dengan pohon kayu, dan (mahligai itu) jika dikelilingi oleh ahli bumi (penggembara) nescaya (tidak mampu) kerana keluasannya”. [3]

 

 


[1]  Hadith riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus daripada ‘Aisyah r.a. Lihat al-Muttaqi al-Hind (1985), op.cit., [Kitab al-Sawm, Bab { من الاعتكاف }, hadith 24017] j.8, h.532 dan [hadith 24007], j.8, h.530, serta al-Suyuti (1954), op.cit., [Bab Harf al-Mim, hadith 8480], j.6. Hadith Da‘if [al-Suyuti].

[2] Hadith riwayat al-Bayhaqi dalam Sya‘b al-Iman [Bab al-I‘tikaf, hadith 3966 dan 3967, j.3, h.425]. Lihat al-Suyuti (1954), ibid., [Bab Harf al-Mim, hadith 8479], j.6, dan al-Muttaqi al-Hind (1985), ibid., [Kitab al-Sawm, Bab al-I‘tikaf, hadith 24006], j.8. h.530. Hadith Da‘if [al-Suyuti] dan Mawdu‘ [al-Albani]

[3] Al-‘Iraqi menybutkan hadith ini dikeluarkan oleh Abu al-Walid al-Safar dalam Kitab al-Salah dengan jalan daripada ‘Abd al-Malik bin Habib daripada hadith ‘Abd Allah bin ‘Umar. Lihat al-‘Iraqi (1987), op.cit., [Kitab { أسرار الصلاة ومهماتها}, Bab { الباب السابع}, hadith 58859], j.1, h.265.

Comments are closed.

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: