Takhrij Hadith Bab Ilmu

 

الْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ

Maksudnya: “Para ulama adalah pewaris para Nabi” [1]

 

أَفْضَلَ النَّاسِ المُؤْمِنُ العَالِمُ الَّذِيْ إِنْ احتَيْجَ إِلَيْهِ نَفَعَ وَإِنِ اسْتَغْنَي عَنْهُ أَغْنىَ نَفْسَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia itu adalah orang mukmin yang alim. Jika dia dikehendaki nescaya dia dapat memberi manfaat, dan jika daripadanya (tidak dihendaki) nescaya dia mengkayakan dirinya (dengan menambahkan ilmu)”. [2]

 

 

أَقْرَبُ النَّاسِ مِنْ دَرَجَةِ النُّبُوَّةِ أَهْلَ الْعِلْمِ

Maksudnya: “Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian (Nubuwwah) adalah  ahli ilmu” [3]

 

يَشْفَعُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلاَثَةٌ: الأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ العُلَمَاءُ، ثُمَّ الشُّهَدَاءُ

Maksudnya: “(Orang) yang dapat memberi syafaat pada hari kiamat adalah tiga (golongan), iaitu Anbiya (para Nabi), kemudian Ulama (orang Alim), kemudian Syuhada’ (Orang yang syahid pada jalan Allah)”. [4]

 

إِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضَاء بِمَا يَصْنَعُ

Maksudnya: “Sesungguhnya para malaikat merendahkan (menaungi) sayap mereka terhadap orang yang menuntut ilmu kerana ia sangat suka dengan perbuatan (menuntut ilmu) itu”[5]

 

لأَنْ تَغْدُوْ فَتَعَلَّمَ باَباً مِنَ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya berpagi-pagi seseorang daripada kamu mempelajari satu bab daripada ilmu, nescaya terlebih baik daripada kamu solat sunat seribu rakaat”. [6]

 

مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ تَكَفَّلَ اللهُ لَهُ بِرِزْقِهِ

Maksudnya: “Barang siapa yang menuntut ilmu, nescaya rezekinya dicukupkan oleh Allah Taala”[7]

 

أَنَا مِنْ غَيْرِ الدَّجَّالِ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ مِن الدَّجَّالِ. فَقِيْلَ: وَمَا هَوَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ فَقَالَ: عُلَمَاءُ السُّوْءِ

Maksudnya: “Aku lebih takut selain daripada Dajjal, (Dajal dikalangan kamu). Maka sembah sahabat: Siapa mereka itu ya Rasulullah? Maka sabdanya: Mereka itulah ulama yang jahat”.[8]

 

مَنِ ازْدَادَ عِلْمًا وَلمَ ْيَزْدَدْ فِي الدُّنْيَا زُهْدًا لَمْ يَزْدَدْ مِن اللهِ إِلاَّ بُعْدًا

Maksudnya: “Barang siapa yang bertambah ilmunya pada hal tiada bertambah hidayahnya nescaya tiada bertambah daripada Allah Taala itu melainkan jauh”.[9]

 

 


[1] Hadith riwayat al-Bukhari, Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah, dan Ibn Hibban. Lihat Muhammad bin Isma‘il Abu ‘Abd Allah al-Bukhari al-Ju‘fi selepas ini al-Bukhari (1407H/1987M), “al-Jami‘ al-Sahih al-Mukhtasar”, ditahqiqkan oleh Dr. Mustafa Dib al-Bugha, Beirut: Dar Ibn Kathir al-Yamamah, [Kitab al-‘Ilm, Bab al-‘Ilm Qabla al-Qawl wa al-‘Amal], j.1, Sulayman bin al-Asy‘at Abu Dawud al-Sijistani al-Azdi selepas ini Abu Dawud (t.t), “Sunan Abi Dawud”, ditahqiqkan oleh Muhammad Mahy al-Din ‘Abd al-Hamid, Dar al-Fikr, [Kitab al-‘Ilm, Bab al-Hathth ‘ala Talab al-‘Ilm (Galakan Menuntut Ilmu), Hadith 3641], j.2, h.341, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa al-Tirmidhi al-Sulami  selepas ini al-Tirmidhi (t.t), “al-Jami‘ al-Sahih Sunan al-Tirmidhi”, ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir et.al, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, [Kitab al-‘Ilm, Bab {ما جاء في فضل الفقة على العبادة}, Hadith 2682], j.5, h.48, Muhammad bin Yazid Abu ‘Abd Allah al-Qazwaini selepas ini Ibn Majah (t.t), “Sunan Ibn Majah”, ditahqiqkan oleh Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi, Mesir: Dar Iḥya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah [Fi al-Iman wa Fada’il al-Sahabah wa al-‘Ilm, Bab Kelebihan Ulama’ dan Galakan Untuk Mencari Ilmu { باب فضل العلماء والحث على طلب العلم}, Hadith 223], j.1, h.81, dan Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim al-Tamimi al-Basti selepas ini Ibn Hibban (1414H/1993M), “Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban”, ditahqiqkan oleh Syu‘aib al-Arnu’ut, Beirut: Muassasah al-Risalah [Kitab al-‘Ilm, Bab { باب وصف العلماء الذين لهم الفضل الذي ذكرنا قبل}, Hadith 88], j.1, h. 289. Lihat juga Abu Bakr Ahmad bin al-Husain al-Bayhaqi selepas ini al-Bayhaqi dalam Sya‘b al-Iman (1410H), “Sya‘b al-Iman”, ditahqiqkan oleh Muhammad al-Sa‘id Basyuni Zaghlul, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah [Bab { في طلب العلم}, Fasal {في فضل العلم و شرف مقداره}, Hadith 1696, 1697 dan 1699, j.2, h.262-264]. Hadith Sahih.

[2] Hadith riwayat al-Bayhaqi dalam Sya‘b al-Iman, Mawquf pada Abi al-Darda’ dengan sanad yang da‘if, (Hadith Da’if), lihat Abu ‘Abd Allah Mahmud Ibn Muhammad Hadad al-‘Iraqi selepas ini al-‘Iraqi (1987), Takhrij Ahadith al-‘Ihya, Riyad: Dar ‘Asimah [Kitab al-‘Ilm, Bab {1}, Hadith 6], j.1, h.4.

[3] Hadith riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyah al-Awliya, [Pada Kelebihan Ilmu], daripada hadith Ibn ‘Abbas dengan sanad yang da‘if. Lihat al-‘Iraqi (1987), ibid., [hadith 1], j.1, h.4 dan Isma‘il bin Muhammad al-‘Ajluni al-Jarahi (1932) Kasyf al-Khafa, Kaherah : Maktabah al-Qudsī, [Bab {Ḥarf al-ʻAyn al-Muhmalah}, hadith 1744], j.2, h.64. Hadith Da‘if.

[4] Hadith riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Ibn Majah (t.t), op.cit., [Kitab al-Zuhd, Bab Menyebut Tentang Syafaat, Hadith 4313], j.2, h.1443, lihat juga al-‘Iraqi (1987), ibid., hadith 28, j.1, h.38, dan al-‘Uqayli dalam Du‘afa al-‘Uqayli, [hadith 39072], j.3, h.367, serta Muhammad Jalal al-Din bin ‘Abd al-Rahman al-Suyuti selepas ini al-Suyuti (t.t), “al-Jami‘ al-Shaghir wa Ziyadatihi”, [hadith 14565], j.1 daripada ‘Uthman bin ‘Affan, Hadith Mawdu‘ [al-Albani] dan Hasan [al-Suyuti].

[5] Hadith riwayat Imam Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim. Lihat Ahmad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Syaibani selepas ini Imam Ahmad (2001), “Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal”, Beirut: Mu’assasah al-Risālah, [Musnad al-Kufiyyin, Hadith Safwan bin ‘Asal al-Muradi, hadith 18089, 18093 (dengan matan sedikit berbeza “وضعت له الملائكة أجنحتها رضا بما يصنع”), 18095, 18098 dan 18100], j.4, h.239-241, Ibn Hibban (1414H/1993M), op.cit., [Kitab al-Taharah, Bab {باب المسح على الخفين وغيرهما}, hadith 1319], j.4, h.147 dan Muhammad bin ‘Abd Allah Abu ‘Abd Allah al-Hakim al-Naisaburi selepas ini al-Hakim (1411H/1990), “al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain”, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, [Kitab al-‘Ilm, hadith 341], j.1, h.180. Terdapat juga hadith-hadith lain dengan makna yang sama seperti riwayat: Al-Darimi dalam musnadnya [dalam al-Muqaddimah, Bab pada Kelebihan Ilmu dan Orang Alim, hadith 354, j.1, h.361] dan al-Syafi‘i dalam Musnadnya [Bab { ما خرج من كتاب الوضوء}, hadith 55, j.1, h.17]. Hadith Sahih [al-Albani].

[6] Hadith riwayat Ibn Majah. Lihat Ibn Majah (t.t), op.cit., [Kitab al-Iman dan Kelebihan Para Sahabat dan Ilmu, Bab { فضل من تعلم القرآن وعلمه}, hadith 219], j.1, h.79. Lihat juga al-Muttaqi al-Hind (1985), Kanz al-‘Ummal, [Kitab al-‘Ilm, Bab Pertama { الباب الأول في الترغيب فيه}, hadith 28762], j.10, h.149 dan Muhammad Nasir al-Din al-Albani selepas ini al-Albani (t.t), Da‘if al-Targhib wa al-Tarhib, al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif, [Kitab al-‘Ilm, hadith 54], j.1, h.47. Terdapat sedikit perbezaan pada matan iaitu {لأَنْ تَغُدُّو فَتَعَلَّم آيَة مِنْ كِتَابِ اللهِ خَيْر لَكَ مِنْ أَنْ تُصَلي مِائَة رَكْعَة}. Hadith Da‘if [al-Albani].

[7] Hadith diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdadi [Harf al-Qaf pada nama Muhammad bin al-Qāsim bin Hāshim, Abū Bakr al-Simsāri, hadith 1219], j.3, h.398. Lihat juga al-Muttaqi al-Hind (1985), ibid., (Kitab al-‘Ilm, Bab Fi al-Targhib fih, hadith 28701, j.10, h.139) dan al-Albani dalam aʻīf al-Jami‘ al-Saghir wa Ziyadatih, (hadith 5684, h.819). Hadith Da‘if [al-Suyuti] dan Mawdu [al-Albani].

[8] Hadith riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Imam Ahmad (t.t), op.cit., [Musnad al-Ansari, Hadith Abi al-Dhar al-Ghifari r.a, Hadith 21297], j.5, h.145) dengan perbezaan matan pada kalimah (عُلَمَاءُ السُّوْء) diganti dengan (الأئمة المضلين) dengan Sanad Jayyid. Rujuk al-‘Iraqi (1987), (Kitab al-Ilm, hadith 154, j.1, h.173). Syu‘ayb al-Arna’ut menyebutkan hadis ini Sahih li Ghairih dengan sanad yang da‘if.

[9] Hadith riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus dengan sanad yang da‘if dan Ibn Hibban dalam Rawdah al-‘Uqala’  dengan lafaz yang berbeza “ومن أراد علما ثم ازداد على الدنيا حرصا لم يزدد من اللَّه إلا حدا ولم يزدد من اللَّه إلا بغضا”, hadith mawquf kepada al-Hasan al-Basri serta al-Suyuti (t.t) di dalam “al-Jami‘ al-Shaghir wa Ziyadatihi”, hadith 12171. Lihat al-‘Iraqi (1987), op.cit., [Kitab al-‘Ilm, hadith 155], j.1, h.174 dengan matan sedikit berbeza pada ayat “وَلمَ ْيَزْدَدْ فِي الدُّنْيَا زُهْدًا” diganti dengan “ولم يزدد هدى”. Lihat juga Isma‘il bin Muhammad al-‘Ajluni al-Jarahi selepas ini al-‘Ajluni (1932M), “Kasyf al-Khafa’ wa Mazil al-Albas ‘amma Isytahara min al-Ahadith ‘ala Alsinah al-Nas”, Kaherah : Maktabah al-Qudsī, Harf al-Mim, hadith 2402, j.2, h.232. Hadith Da‘if [al-Suyuti].

Comments are closed.

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑