Home

Pengenalan

Penyelidikan tentang hadith dan sumbernya daripada kitab-kitab Jawi di Nusantara mendapat perhatian yang penting dalam kalangan pengkaji, rentetan daripada penggunaan meluas kitab-kitab Jawi sebagai teks pengajian agama dalam kalangan masyarakat. Realitinya, kitab-kitab Jawi di Nusantara ini rata-ratanya menggunakan hadith sebagai sumber pendalilan, namun tetap terdedah dari sudut keabsahan dan keautoritiannya sebagai sumber dalil disebabkan bercampur antara hadith yang diterima dengan hadith yang ditolak (sebahagian da’if dan palsu). Kajian ini akan mengkaji dengan lebih terperinci hadith-hadith yang menjadi sumber pendalilan dari kitab-kitab Jawi terpilih dari beberapa bidang seperti tasawuf, fekah dan akidah. Kemudian, meletakkan keputusan taraf hadith dan ulasannya dari sudut penghujjahan ataupun tidak, serta mencadangkan pendalilan yang lebih sahih atau diterima sebagai sumber hujah sebagai alternatif terhadap sumber tersebut.

 

Kajian ini bersifat kualitatif, dan datat-data dianalisis melalui pendekatan induktif dan deduktif. Hasil kajian ini akan menyediakan satu senarai hadith dengan taraf hadith dan perinciannya berasaskan kepada bidang utama di Nusantara iaitu akidah, fekah dan tasawuf. Data ini akan digunakan dalam pembangunan aplikasi berasaskan kitab-kitab Jawi utama yang menjadi rujukan dan pemahaman dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

 

 

Objektif Penyelidikan:

  • Menyediakan data bank hadith yang lengkap daripada kitab-kitab Jawi mengikut tiga bidang utama iaitu akidah, fekah dan tasawuf dalam bentuk digital.
  • Menganalisis hadith secara lengkap dari sudut takhrij, sumber, perbincangan dari sudut penetapan taraf dan memutuskan taraf yang sesuai.
  • Menjelaskan huraian terhadap keseluruhan hadith dan penggunaannya dalam kitab-kitab Jawi.
  • Mencadangkan alternatif hadith yang diterima mengantikan hadith-hadith palsu dan lemah yang menjadi sumber pendalilan dalam kitab-kitab Jawi tersebut.
  • Mendigitalisasikan hadith daripada kitab-kitab Jawi yang boleh dijadikan rujukan masyarakat Islam di Malaysia.

 

 

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑